Monday, December 28, 2009
Sunday, December 20, 2009
Avatar
Jumaat hari tu, lepas siap kereta kat kedai tayar, aku pegi tengok Avatar dengan Masni. Dekat 3 jam cerita ni, dah la sejuk aircond, hujan pulak lebat kat luar. Nak pegi toilet, sayang nak tinggal cerita...hehe
"This is not an animated film, it is all captured performance." James Cameron
Kesimpulannya, absolutely fantastic. Semua orang yang tengok, macam terdiam, terpegun sepanjang cerita ni. The scenery, memang nampak real dan cantik. Even hal2 yang kecik pun nampak real. Filem ni banyak mesej gak sebenarnya. Tentang alam yang sepatutnya kita pelihara. So...enjoy the movie bebeh...
"I had the idea of this movie back in 95, but at that time it turned out that it wasn't technically possible to do what I wanted to do. So I literally put the project in a drawer and forgot about it. About 4 years ago I got it out to find out if it was already possible to do it." James Cameron
Budak hilang
Budak 3 thn yang hilang kat Permatang Badak tu, masih belum jumpa. Sejak hari tu, tali air kat rumah aku ni, penuh dengan orang. Sampai petang semalam, masih belum jumpa lagi. Kesian, kan? Sepanjang tali air tu, penuh dengan orang. Abg ipar aku & orang2 kampung pun tolong sama mencari. Walaupun hujan lebat, dorang tetap gak mencari, menyelam. Abg ipar aku cakap, hari ni dorang buat operasi mencari lagi. Harap2, hari ni, jumpalah...
Tuesday, December 1, 2009
Happy Birthday to Chik
To My Beloved Friend, Chik, 
Hepi Beday, hehe, finally umur kita sama. Diorg wish ko tak? Aku tau, mak et mesti yang 1st wish ko selain dari Mr. A....hehe
Well, can't wait to see u this Friday bebeh...

Hepi Beday, hehe, finally umur kita sama. Diorg wish ko tak? Aku tau, mak et mesti yang 1st wish ko selain dari Mr. A....hehe
Well, can't wait to see u this Friday bebeh...
Sunday, November 29, 2009
Sekolah lama aku

Sekarang ni, aku tengah belajar wat Facebook (terpaksa gak ni...). Dalam dok mekap2 FB aku tu, jumpalah grup sekolah lama aku, SMK Jengka 2....tapi aku bukan nak cerita pasal geng2 dalam tu, sebab aku bukannya glemer kat sekolah dulu. Aku saja nak tepek lencana sekolah aku ni kat sini, amik kat FB tu ler. Dah lama tak tengok lencana kuning tiga segi ni...rindu pulak rasanya. Lama aku sekolah tau, sampai tingkatan 6 rendah...hehe. 6 atas tak sempat...
Tuesday, November 24, 2009
Jalan-jalan
Baru ni singgah rumah member aku, depan istana kat Pekan. Area rumah dia, memang betul2 suasana kampung. Tenang, aman damai dan bersih. Semua rumah kawasan tu tak ada pagar, sebab tak ada lembu berkeliaran macam kampung2 lain...especially kampung aku. Kata member aku, kalau rumah bersemak, rumput tinggi, nanti sultan tarik balik tanah. Oh, patutlah semua rumah bersih. Pastu, member aku bawak aku jalan-jalan kat padang polo, stable kuda & tengok kuda2 polo yang sememangnya tough & hensem....


Subscribe to:
Posts (Atom)


